BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 15 November 2012

Hiasan Dinding Berbunga

Storyboard Hiasan Dinding Cakera Padat

Storyboard
Hiasan Dinding Cakera Padat


No

Keterangan

Visual

Audio

Langkah1

-       Pengenalan 

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
-        
Sejak tahun 1983, cakera padat merupakan cara yang mudah dan murah untuk menyimpan maklumat. Namun begitu, sistem simpanan kecil ini boleh menjadi masalah yang besar kepada alam sekitar. Setiap bulan hampir 50 tan metrik cakera padat dibuang ke tapak pelupusan sampah. Jumlah ini sama berat dengan 15 ekor gajah. Untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang besar ini ia memerlukan pemikiran yang kreatif. Daripada membuang cakera padat kita yang bercalar ke dalam tong sampah, kita boleh guna semula cakera padat itu menjadi benda baharu. Cakera padat lama boleh dijadikan lapik minuman yang menarik, jurnal rahsia, bingkai gambar yang bergaya dan hiasan dinding yang berbunga. Bersedialah untuk menyelamatkan alam sekitar dengan menggunakan satu cakera padat pada satu-satu masa.

-Menunjukkan contoh-contoh cakera padat













 Muzik latar dimainkan dan semakin perlahan















Close up contoh-contoh cakera padat.

Muzik perlahan


Langkah 2











- Hari ini kumpulan kami akan menunjukcara membuat hiasan dinding menggunakan cakera padat terpakai.

Tajuk aktiviti : Hiasan Dinding Cakera Padat

-Sebelum memulakan aktiviti,
ahli kumpulan diperkenalkan seorang demi seorang.












 














Langkah 3


Bahan-bahan yang diperlukan:

·         8 keping keping cakera padat
·         Pen penanda kekal
·         ‘Double tape’
·         Reben atau tali yang bersesuaian saiznya
·         Permata plastik ( ikut pilihan )
·         Gunting




Zoom ke  arah bahan-bahan yang diperlukan satu persatu





Langkah 4

-       Menunjukkan cara membuat Hiasan Dinding Cakera Padat

a)      Susun enam cakera padat dalam bentuk bulatan dengan setiap sisinya bertindih dan bahagian berkilaunya menghadap ke bawah.



b)      Tandakan tempat cakera padat yang bertindih menggunakan pen penanda kekal. Garisan ini akan manjadi panduan semasa melekatkan cakera padat dalam langkah seterusnya.





c)      Lekatkan semua cakera padat menjadi bulatan.









d)     Lekatkan sekeping cakera padat dibahagian tengah dengan bahagian berkilau menghadap ke atas. Lakukan perkara yang sama di bahagian sebelah. Tujuannya untuk menyokong lekatan bunga.








e)      Untuk hiasan, lekatkan permata-permata plastik di sekeliling cakera padat mengikut kreativiti sendiri.


f)       Akhir sekali, ikatkan reben menerusi bahagian tengah dua kelopak cakera padat. Buat ikatan rama-rama pada bahagian atas.







g)      Gantung bunga cakera padat tadi pada cangkuk tersebut di dinding bilik anda.





-       Menunjukkan contoh yang telah siap dibuat.



 








 


 




 




 











 









Close up pada setiap langkah yang ditunjukkan.



Muzik dimainkan perlahan mengiringi aktiviti.


Langkah 5           

-       Penutup

Fakta Kraf Hijau

-       Cakera padat dikategorikan sebagai bahan kitar semula kelas ketujuh. Plastik kelas ketujuh adalah yang paling sukar untuk dikitar semula.
-       Ahli sains beranggapan bahawa cakera padat mengambil masa lebih daripada satu juta tahun untuk musnah sepenuhnya di tapak pelupusan sampah.
-       Cakera padat yang dikitar semula digunakan untuk membuat alat ganti kereta, lampu jalan dan peralatan pejabat.
-       Pada tahun 1983, 800 ribu keping cakera padat dijual di Amerika Syarikat. Lebih daripada 400 juta keping cakera padat dijual pada tahun 2008.
-       Jika kamu masih mempunyai cakera padat berlebihan selepas membuat kraf, kamu boleh menghantarkannya kepada organisasi yang mengitar semula cakera padat. Untuk maklumat lanjut, layari laman web, Compact Disk Recycling Center of Amerika.



 

























Muzik semakin kuat dan tamat.




Friday, 18 May 2012

RPH BM TAHUN 2

Wednesday, 16 May 2012

.....AhLi kUMPuLan....


..DEAZMAN BIN MAHMOOD.
 ...BAKERYA BIN SEDIK...
 ...BAHJAH BT ISMAIL...
...SALBIAH BT TEGAK...
...ROZANA BT SULAIMAN...
...Nurdiana abdullah...